Friday, April 2, 2010
Kain Sulam Idaman
Tadaaaa......
Cantik kan kain ni??? Suka sangat kain ni. Tapi tak dapat. Selalu habis stok je. Tak de rezeki la tu...
Yang ni lagi satu... Colour Silver.. cantik kan? Yang ni Kak Shira dh pilih. So, dia punya la. Emmm...kecewa sangat la tak dapat kain colour pink itu. =(
Wednesday, March 17, 2010
Mimpi Apple Putih
Dear apple putih,
Semalam saya mimpi anda. Saya terjaga dari mimpi lebih kurang pukul 2 pagi. Orang kata kalau mimpi dah nak dekat- dekat Subuh tu Syaiton je banyak kacau tapi kalau mimpi tersedar pagi- pagi buta ni ada petunjuk katanya. Tapi apa pun saya percaya mimpi hanya mainan tidur.
Kali ni kali ketiga saya mimpi anda. Kerap betol mimpi anda. Orang kata kalau kite kerap mimpi orang tu maknanya kite asyik fikir pasal dia je. Benarkah?
Kali pertama mimpi, anda suruh saya pakai tudung labuh. Tak cukup ke saya pakai yang sedia ada ni. hehe.. Mungkin mimpi tu nak suruh saya berubah lagi baik kot. =) (Sebenarnya tak cukup baik pun. Gonjol- gonjol orangnya) Mimpi kedua tak berapa ingat la. Mimpi malam tadi yang pastinya anda suruh saya beribadat banyak- banyak. Mimpi ke arah kebaikan tu. Tak pe.. anggap mimpi mainan tidur yer. Yang pastinya jangan fikirkan seseorang sebelum tidur. Kelak beliau akan ikut sampai dalam mimpi kite. Betol ke? Betol kot.. lalala =)
Teringin sangat kain sulam tu...yg tu..yg tu....
Hari ni masuk web www.susahnakcari.com . Ada kain sulam cantik sangat. Nak.. nak.. nak kain tu. Nak buat baju kurung. Cantik. Nice je tgk. Teringin sangat ni. Tapi gaji tak dapat lagi. =(
Kain tu colour putih bunga sulam pink. Comel sangat. Nak paste kat sini picture kain tu tapi tak dapat pulak. Kalau nak tengok bukak je web di atas. Colour Magenta tu pon cantik jugak. Semua cantik, duit je tak cantik. Teringin...... Tunggu gaji k. =)
Monday, March 15, 2010
In a relationship (ngeee...)
In a relationship with ....
Makna kata, tertutup sudah ruang mencari pasangan. Hahaha... Geli- geli... Malu-malu.. Alhamdulillah... Syukur...
Baby gerak-gerak
Ibu dah pregnant 8 bulan. Maknanya baby telah menetap di dalam perut ibu selama 8 bulan la kiranya kan. Hari tu, ibu bagi tau aunty, dia kata baby selalu gerak- gerak. Baby selalu gerak- gerak dan mengeras dalam perut dia. Masa aunty pegang perut ibu, mesti baby tak gerak. Malu yer... Masa abahnya pegang pun baby senyap jugak. Baby gerak- gerak time berdua-duaan dengan ibu je yer.
Kalau baby pemalu mesti ikut abahnya, tapi kalau lasak mesti ikut ibu. Abahnya pemalu, segan, lemah lembut, malu- malu kucing gitu. Kalau ikut macam ibu. Ganas, kasar, gergasi, ala- ala harimau jadian gitu. Hahaha...Ibu jangan marah k.
Hari tu lepas raya cina ibu admit kat wad. Sebab demam. Yela balik Kedah beraya sakan. Hari- hari main panas, macam mana tak demam. Ibu masuk wad 4, 5 hari jgk rasanya. Tapi alhamdulillah ibu discharge dari wad dengan sihatnya. Masa doktor scan baby, doktor kata tak nampak gender baby, baby sorok- sorok. Malu la tu. Tak pun nak bagi suprise kat semua. Tak pe.. kite tunggu 2 bulan lagi. Suprise! =)
Counting Down the days... Shikin's baby
Dear baby,
Baby...tak sabar rasanya aunty laily nak jumpa baby. Ibu yang pregnant tapi aunty yang teruja (Aunty?? gedikS). Next week nak pegi shopping dgn ibu. Nak shop2 barang baby sikit. Tak mau colour pink ke blue ke.. bosan...asyik colour tu je. Untuk baby...aunty dengan ibu bagi colour lain sikit. Oleh kerana ibu and aunty tak tau gender baby, so ibu and aunty bebas nak pilih colour apa pun. Hari tu ibu cakap dia beli baju colour merah untuk baby. Merah striking.. nice bukan.. =) Nanti baby ikut pegi shopping jangan penat-penat yer. Kite pegi makan McD, hehe bukan sebab baby atau ibu yang suka..aunty yang sangat mengemari McD tersebut.. hehe... Ok semoga baby sihat sentiasa hendaknya...
Subscribe to:
Posts (Atom)

